Pengenalan : Pengawas sesi 2012


Assalamualaikum.

Pertama sekali saya sebagai wakil pengawas, ingin panjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada Allah s.w.t  kerana dapat menyiapkan blog bagi Badan pengawas dan Unit Disiplin Sekolah Agama Menengah Nurul Iman, Bukit Cherakah untuk sesi 2012. 

Badan Pengawas dan Unit Disiplin diketui oleh Ustaz Rahmad. Beliau merupa Ketua Guru Disiplin bagi sesi 2012. Badan Pengawas dan Unit Disiplin telah berjaya melantik seorang Ketua Umum dan seorang Penolong Ketua Umum. 

Tujuan melantik ketua umum dan penolong umum adalah untuk menjayakan organisasi Pengawas supaya menjadi lebih teratur dan tersusun. Unit Displin telah berpakat untuk melantik Luhamul Ashfia bin Slamet untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Umum dan Nur Halina binti Adi Minif sebagai Penolong Ketua Umum.



Disamping itu, Organisasi Pengawas untuk sesi 2012 telah disusun dengan jayanya. Bilangan kesemua Pengawas untuk Sesi 2012 seramai 34 orang. Kesemua pengawas telah pun dibahagikan untuk biro biro tertentu antaranya Biro Perhimpunan, Biro Disiplin, Biro keceriaan, Biro Gerakan Khas dan lain lain lagi.

Akhir sekali, Kesemua badan pengawas akan berusaha untuk meningkatkan prestasi sekolah dan prestasi disiplin supaya menjadi lebih baik. InsyaAllah!

Sekian, Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment